Quantcast
Channel: MyResipi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1033

Resipi Laksa Thai, Buat Sendiri Taklah Segan Nak Menambah!

$
0
0

Laksa thaiLaksa thai ini memang jarang kita jumpa terutama sekali sekitar Kuala Lumpur kerana biasanya dinikmati di Padang Besar atau restoran Thai.

Kalau mengidam dan teringin nak tahu macam mana rasa laksa ini, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Nur Masri. 

Buat sendiri lagi puas dan tak segan nak menambah!

Baca juga: Cara Simpan Mi Kuning, Kuetiau & Laksa, Boleh Tahan Sampai 3 Minggu!

RESIPI LAKSA THAI

Bahan-bahan:

  • Laksa kering jenis halus (rebus dahulu kemudian toskan)
  • 1 kg ikan selayang atau temenung
  • 10 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 2 inci lengkuas*
  • 2 inci kunyit hidup*
  • 4 batang serai* (2 batang di blend, 2 batang lagi di ketuk untuk kuah)
  • 2 inci belacan*
  • 5 biji cili api* (boleh lebihkan jika suka pedas)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 4 keping asam gelugur
  • 4 helai daun limau purut
  • 3 cawan santan pekat
  • Garam, gula dan perasa

Cara-cara:

1. Rebus ikan dan asingkan isi dari tulang.

2. Isi ikan di blend halus.

3. Gunakan air rebusan ikan tadi untuk blend tulang ikan, kemudian tapis.

4. Blend semua bahan yang bertanda (*).

5. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar hingga naik minyak.

6. Masukkan serai yang telah diketuk ke dalam periuk.

7. Masukkan isi ikan yang telah dikisar.

8. Bila kuah mendidih, masukkan asam keping, daun limau purut dan air. Kuah jangan terlalu pekat atau terlalu cair, ikut selera masing-masing. Kacau sebati.

9. Kemudian masukkan santan dan sentiasa kacau supaya santan tidak berketul.

10. Perasakan dengan garam, gula dan bahan perasa.

11. Bila rasa sudah sesuai dan kuah mendidih, boleh tutup api.

12. Hidangkan laksa lemak siam dengan bahan-bahan sampingan yang lain.

Bahan-bahan sampingan:

Laksa thai

  • Timun
  • Taugeh
  • Kacang panjang
  • Bunga kantan
  • Daun selasih / Thai basil
  • Limau nipis

*Bahan sampingan ini boleh disesuaikan mengikut selera masing-masing.

Sumber: Nur Masri

Baca juga: 10 Fungsi Tepung Jagung, Boleh Hilangkan Bau Tong Sampah Juga

The post Resipi Laksa Thai, Buat Sendiri Taklah Segan Nak Menambah! appeared first on MyResipi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1033

Trending Articles