Hujung minggu dah nak tiba, mestilah kena buat satu menu yang lain dari lain seperti contoh resipi sizzling yee mee. Barulah cik abang sayang.
“Alamak, tapi mesti leceh”
Jangan risau, kalau anda ikut resipi oleh Cik Puan De LaiLa Abdullah confirm rasa senang dan terjamin sedap!
Jom baca!
Baca juga: Cara Buat Pisang Goreng Tanpa Serap Minyak, Rangup Sampai Petang
RESIPI SIZZLING YEE MEE
Bahan-Bahan:
- Yee Mee – Rendam 2 keping sekejap, cukup untuk 3 orang, kemudian tapis
- Ayam – Potong kecil-kecil, jumlahnya bergantung pada selera
- Cendawan Shitake kering – Rendam dalam air selama sejam
- Halia sebesar ibu jari – Dihiris
- 2 biji bawang putih – Dicincang halus
- 4 batang lada kering – Dibelah dua atau tiga
- 2 sudu besar kicap pekat
- 3 sudu besar kicap cair
- 3 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar sos tiram
- 3 sudu tepung jagung – Dikacau dengan sedikit air, tambah lagi jika mahu pekat
- Sawi Jepun
- Serbuk lada hitam – Secukup rasa
- Garam – Secukup rasa
- Air
Cara-cara Memasak:
1. Tumiskan bawang putih sehingga kekuningan.
2. Masukkan halia dan cili kering, tumis hingga harum.
3. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil-kecil, tumis bersama bahan-bahan tadi sehingga ayam masak sedikit.
4. Tambahkan kicap pekat, kicap cair, kicap manis, sos tiram, serbuk lada hitam, dan cendawan yang telah direndam.
5. Gaulkan semua bahan hingga sebati, kemudian tuangkan air mengikut kepekatan kuah yang diingini.
6. Biarkan kuah mendidih, kemudian masukkan garam dan tepung jagung yang telah dikacau dengan air.
7. Masukkan sawi Jepun, biarkan layu seketika.
8. Apabila kuah sudah mendidih, rasa dan sesuaikan perasa.
9. Akhir sekali, masukkan yee mee ke dalam kuah dan masak sekejap sahaja supaya mee tidak terlalu kembang.
Hidangkan segera dan nikmati sizzling yee mee yang lazat ini. Selamat mencuba!
Sumber: De LaiLa Abdullah
Baca juga: Resipi Roti Bakar Kaya Butter Ala Kopitiam, Hanya Guna 3 Bahan Tapi Rasa Mewah!
The post Resipi Sizzling Yee Mee, Suami Minta Buat Terus Petik Jari Sebab Senang Je! appeared first on MyResipi.