Quantcast
Channel: MyResipi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1033

Resipi Ayam Masak Merah Style Orang Lama, Letak ‘Bahan Ini’ Rasa Lagi Mantap!

$
0
0

ayam masak merah resepi​

Ayam masak merah resepi ini sedikit berbeza kerana warnanya tidak terlalu merah seperti biasa.  Menurut empunya resepi, penyediaan hidangan ini adalah cara orang dulu-dulu memasaknya.

Bahan yang diperlukan juga sangat mudah didapati dan cara memasaknya juga ringkas serta tidak renyah. Jadi, jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi penuh seperti di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Ayam Masak Kicap Simple, Sedap Sampai Terangkat Kening!

AYAM MASAK MERAH RESEPI ORANG DULU-DULU

ayam masak merah resepi​

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam (lumur dengan kunyit dan garam, goreng separuh masak)
  • 2 senduk kecil cili kering kisar (senduk bancuh air)
  • 2-3 sudu besar sos cili cap arnab (empunya resipi beli di kampung)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 kotak santan
  • 1-2 cawan air
  • Serai diketuk
  • Bunga lawang dan kayu manis
  • 4 biji bawang merah besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 biji tomato

Cara-caranya:

  1. Hiris 2 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, dan 1 inci halia. Ketepikan.
  2. Kisar 2 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih, dan 1 inci halia. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan hirisan bersama bunga lawang, kayu manis, halia, dan serai sehingga naik bau.
  4. Masukkan bahan kisar dan cili kering kisar, masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam goreng dan gaul rata.
  6. Tambahkan santan dan air, masak sehingga mendidih.
  7. Masukkan tomato yang telah dipotong, tambah garam dan gula secukup rasa, masak lagi sehingga mendidih, kemudian tutup api.
  8. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Tengku RosElyza Raja Muhammad

Baca juga: Tukang Masak Kongsi Tip Ayam Goreng Kunyit Rangup, Isi Juicy & Berkilat!

The post Resipi Ayam Masak Merah Style Orang Lama, Letak ‘Bahan Ini’ Rasa Lagi Mantap! appeared first on MyResipi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1033

Trending Articles