Quantcast
Channel: MyResipi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1033

Asyik Rebus Bosan Juga, Jom Cuba Jagung Bakar Berperisa Yang Lagi Menarik!

$
0
0

jagung bakar

Asyik makan jagung rebus, pasti bosan juga, kan? Terutama untuk budak-budak yang kadang-kadang kurang berminat.  Tapi bila buat jagung bakar berperisa ini, sepinggan boleh habis laju je!

Memang sedap, dan bukan hanya budak-budak je yang suka. mak bapak pun sama naik! Jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh Faizah Husain di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Puding Kastard Jagung Super Creamy & Lembut, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!

RESEPI JAGUNG BAKAR BERPERISA

jagung bakar

Bahan perap:

  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Sos barbeque
  • Mayonis
  • Planta atau butter
  • Bawang putih tumbuk
  • Serbuk lada hitam
  • Oregano
  • Serbuk paprika (jika ada)
  • Parsli (jika ada)

Cara Penyediaan:

  1. Ambil jagung mengikut jumlah yang diinginkan. Kerat jagung kepada dua dan belah setiap bahagian kepada empat.
  2. Curahkan bahan perap ke atas jagung dan gaul hingga rata.
  3. Perap selama 1 hingga 2 jam agar rasa meresap dengan baik.
  4. Panaskan air fryer (AF) dengan suhu 175°C dan bakar jagung selama 10 minit. Setelah itu, terbalikkan jagung dan bakar lagi selama 5 minit. Jangan terlalu lama, nanti jagung akan kecut.
  5. Jika tiada AF, anda boleh menggunakan kuali granit. Tutup kuali supaya jagung masak sekata, dan gunakan api paling kecil.

Selamat mencuba!

Kredit: Faizah Husain

Baca juga: Guna 3 Jenis TEPUNG Ini, Kuih Kaswi Jagung Akan Jadi Lembut Elok & Menggedik!

The post Asyik Rebus Bosan Juga, Jom Cuba Jagung Bakar Berperisa Yang Lagi Menarik! appeared first on MyResipi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1033

Trending Articles