Quantcast
Channel: MyResipi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1033

Ikan Bilis Goreng Bawang, Lauk Akhir Bulan Ini Sedap Macam Mak Masak!

$
0
0

ikan bilis goreng bawang

Setiap orang pasti rindukan masakan ibu yang tak ternilai harganya dan antara hidangan yang paling diingati semestinya Ikan Bilis Goreng Bawang.

Buat yang pernah mempunyai pengalaman hidup susah ketika masih kecil bersama keluarga, pasti sesekali ibu anda akan masakkan Ikan Bilis Goreng Bawang yang sungguh sedap.

Kali ini kami kongsikan resipi oleh bellamunir_ di Instagram yang semestinya dapat kembalikan nostalgia anda sewaktu kanak-kanak dulu. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Sambal Goreng Ikan Bilis Rangup Tahan Lama, Ratah Pun Sedap!

RESIPI IKAN BILIS GORENG BAWANG

ikan bilis goreng bawang

Bahan-bahan:

  • Kentang
  • Tempe
  • Ikan bilis
  • Bawang merah
  • Cili padi hijau dan merah
  • Belacan
  • Secukup rasa atau mushroom seasoning
  • Separuh limau nipis

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan minyak untuk goreng kentang sampai garing. Angkat dan toskan.

2. Selepas itu, goreng pula tempe sehingga keperangan. Angkat dan toskan.

3. Kemudian, goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan ketepikan dahulu.

4. Gunakan sedikit minyak goreng tadi, masukkan bawang merah, cili padi hijau dan merah. Tumis sampai naik bau.

5. Masukkan sedikit belacan, secukup rasa atau mushroom seasoning.

6. Setelah tumis dan bawang kelihatan garing sedikit, masukkan kentang, tempe dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Gaul sekejap saja dan terus tutup api.

7. Akhir sekali, perahkan sedikit limau nipis. Siap untuk dihidang!

ikan bilis goreng bawang

Walaupun lauk ini kelihatan sangat sederhana dalam cara membuatnya, namun ia cukup membuatkan perut terasa kenyang. Jika makan dengan nasi panas bersama telur goreng dan kicap, maka bertambahlah nikmatnya.

Ikan Bilis Goreng Bawang ini boleh dikatakan penyelamat menu untuk akhir bulan. Jika anda nak berjimat sementara menunggu gaji masuk, boleh buat lauk ini dulu.

Jika anda ingin masak hidangan sedap ini buat keluarga di rumah tapi ada antara mereka yang kurang gemar makan lauk pedas, boleh kurangkan penggunaan cili padi dalam resipi ini.

Selamat mencuba!

Sumber: bellamunir_

Baca juga: Sambal Tempe Kentang Ikan Bilis, Rangup Sampai Kunyah Tak Berhenti

The post Ikan Bilis Goreng Bawang, Lauk Akhir Bulan Ini Sedap Macam Mak Masak! appeared first on MyResipi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1033

Trending Articles