Jika anda tidak tahu berapa lama masa dan suhu air fryer yang diperlukan untuk memasak, jangan risau! Kami ada senarai ringkas untuk bantu anda.
Dengan air fryer, proses memasak jadi lebih cepat dan mudah, tapi masa yang diperlukan berbeza-beza mengikut jenis makanan.
Air fryer bukan saja memudahkan proses memasak, tapi juga jimatkan masa. Sambil menunggu makanan masak, boleh buat kerja rumah lain.
Pendek kata, anda cuma perlu masukkan ayam, ikan atau nugget ke dalam air fryer, tunggu sekejap dan makanan sudah siap! Mudah sangat kan?
Jadi selepas ini, boleh rujuk senarai ini untuk pastikan makanan dimasak dengan sempurna. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Cara Cuci Air Fryer Yang Betul. Baru Dijamin Bersih, Bebas Kuman & Tahan Lama
SENARAI SUHU AIR FRYER DAN TEMPOH MASA MENGIKUT JENIS MAKANAN
Senarai ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook bernama Shakina Ismail. Menurutnya, senarai ini dibuat kerana dia turut mengalami masalah tidak tahu set suhu dan masa mengikut jenis masakan.
“Kadang masak guna air fryer ini boleh jadi masalah juga kalau kita tak tau nak set suhu & masa ikut jenis masakan. 10x kena ulang buka nak tengok dah masak ke belum.
Akak godeh- godeh fon tadi terjumpa panduan setting timer & temperature air fryer. Bagus boleh jadi panduan tak kira apa jenama air fryer.
Rasanya dah bertaun akak simpan tapi tak pernah guna. Sama kes dengan resipi, siap buat folder tapi entah bila lah nak dibuatnya. Jadi, mari la kita sama-sama simpan supaya berguna di kemudian hari.”
Baca juga: Resipi Puff Pastry Sosej Cheese, Sarapan Mudah Guna Air Fryer
Oleh itu, jika anda baru berjinak mahu menggunakan air fryer, boleh rujuk jadual seperti di bawah ini.
Sumber: Shakina Ismail
Baca juga: 5 Jenis Makanan Yang Tidak Boleh Dimasak Menggunakan Air Fryer
The post Senarai Suhu & Masa Bagi Air Fryer Ikut Jenis Makanan, Barulah Masak Sempurna! appeared first on MyResipi.