Selalu roti gulung digandingkan bersama sardin, jadi kali ini kami nak ajak anda cuba resipi lain yang menarik iaitu Roti Tuna Gulung.
Selain dimakan sewaktu sarapan, terdapat juga sesetengah orang yang suka makan Roti Tuna Gulung pada waktu petang bersama keluarga di rumah.
Seperti perkongsian video di TikTok oleh mill.anwar, beliau menggunakan bahan yang sangat ringkas untuk membuat Roti Tuna Gulung yang lazat. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Roti Goreng Tanpa Serap Minyak, Sedap Dibuat Sebagai Sarapan
RESIPI ROTI TUNA GULUNG
Bahan-bahan:
- 1 tin tuna
- ½ biji bawang merah (dipotong dadu)
- 2 biji cili padi (dihiris kecil)
- 1 sudu besar mayonis
- 1 sudu besar lada hitam
- Roti (roll bagi nipis)
- Kuning telur (untuk gam dan menggoreng)
- 1 sudu kecil tepung jagung
Cara-cara:
1. Mula-mula, hiriskan bawang merah dalam bentuk dadu, kemudian hiris kecil cili padi.
2. Selepas itu, letakkan tuna dalam mangkuk dan masukkan bahan hirisan bersama mayonis dan lada hitam, kemudian campur semuanya.
3. Seterusnya, rollkan roti dan dan letakkan lebih kurang satu sudu adunan tuna tadi di atas roti, kemudian gulung. Sapu kuning telur di bahagian hujungnya seperti gam dan lekatkannya.
4. Kemudian, panaskan minyak. Sambil-sambil itu boleh campurkan telur dengan tepung jagung dan celupkan roti tadi.
5. Setelah minyak panas, boleh goreng sehingga roti kelihatan rangup dan kekuningan, kemudian angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!
Terlalu banyak roti sampai tak tahu nak buat apa, tapi dengan adanya resepi Roti Tuna Gulung ini, anda akan puas hati setelah membuatnya di rumah.
Tambahan lagi dengan musim hujan yang melanda, ramai yang mencari resepi hidangan yang sedap dimakan panas-panas, barulah terangkat selera dibuatnya.
Hasil luarnya yang sungguh rangup, ditambah pula dengan inti tuna yang lazat sudah cukup membuatkan sesiapa saja terliur dengan hidangan ringkas ini.
Selamat mencuba!
Sumber: mill.anwar
Baca juga: Roti Sosej Kukus Guna 5 Bahan, Tak Goreng Pun Tetap Lembut Dan Gebu
The post Roti Tuna Gulung Viral Buat Ramai ‘Berhantu’, Makan Sekali Mesti Nak Lagi appeared first on MyResipi.