Siput sedut masak lemak merupakan salah satu hidangan tradisional yang sangat disukai oleh ramai orang. Bagi penggemar makanan Melayu, hidangan ini bukan sahaja lazat tetapi juga penuh dengan nostalgia.
Resipi siput sedut masak lemak ini menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan cara penyediaan yang tidak rumit.
Selain itu, bagi memastikan siput sedut masak lemak anda berkuah pekat dan sedap, ikuti langkah-langkah dalam resipi di bawah.
Baca juga: Tips Cuci Siput Sedut Sehingga Hilang Lumpur & Segala Lendir, Memang Berhasil Lah!
RESIPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK
Bahan kisar:
- 4 batang cili besar
- 1 labu bawang putih
- 20 biji bawang merah kecil
- 1 inci lengkuas
- 2 inci halia
- 3 inci kunyit
- Air secukupnya
Bahan wangian:
- 4 batang serai
- 5 keping asam gelugur
- 4 helai daun kunyit, dimayang halus
Bahan lain:
- 2 kg siput sedut
- 1 kotak santan
- ½ bungkus pucuk manis
- 350 g ubi keledek, dipotong dadu dan direbus terlebih dahulu
- Air secukupnya
- 4 sudu kecil garam
- 6 sudu besar gula
Cara penyediaan:
- Cuci siput sedut tiga kali dengan air dan gosok satu persatu menggunakan berus atau sabut kelapa. Cuci sekali lagi dengan air bersih.
- Potong bahagian bawah (tajam) cengkerang menggunakan pemegang untuk memudahkan sedut dan memastikan air garam mudah masuk ke dalam (atas dan bawah) untuk membersihkan.
- Rendam dalam air garam selama 15 minit. Cuci dua kali dengan air bersih sambil menggolekkan siput sedut. Ketepikan.
- Sediakan bahan kisar dan ketepikan.
- Masukkan bahan kisar ke dalam kuali tanpa minyak. Tumis selama 5 minit sehingga bahan kisar menjadi panas.
- Masukkan bahan wangian dan gaulkan bersama bahan kisar sehingga mendidih.
- Masukkan ubi keledek yang telah direbus. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Tambahkan air secukupnya dan masukkan santan. Sentiasa kacau pada api sederhana-kecil untuk mengelakkan lemak atau santan pecah.
- Masukkan pucuk manis dan gaul sehingga lembut dan masak. Akhir sekali, masukkan siput sedut dan gaul selama 10 minit.
- Tutup api dan hidangkan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Amanda Tan
Baca juga: Siput Sedut Masak Sambal, Sedap Meratah Menu Kampung Ini!
The post Resipi Siput Sedut Masak Lemak Cara ‘Pekat’, Makan Tak Ingat Dunia! appeared first on MyResipi.