Quantcast
Channel: MyResipi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1033

Tips Pilih Epal Merah Yang Manis Dan Segar, Tak Salah Beli Lagi Selepas Ini!

$
0
0

epal merah

Epal merupakan antara buah yang mudah dimakan dan semestinya epal merah lebih digemari kerana warna dan rasanya yang manis.

Bukan saja mudah didapati, malah epal merah mempunyai banyak manfaat kesihatan kepada sesiapa yang memakannya. Selain itu, ia dilengkapi dengan nutrien, serat, mineral dan vitamin yang baik untuk badan.

Sesiapa saja pasti pernah tersilap pilih epal merah yang masam ketika membelinya di pasar dan kecewa apabila memakannya setelah pulang ke rumah.

Kali ini, kami kongsikan tips pilih epal merah yang manis dan pasti anda tak salah beli lagi selepas ini.

Baca juga: Cara Pilih Lobak Merah Yang Segar, Barulah Tak Pahit Bila Dimasak!

TIPS PILIH EPAL MERAH YANG MANIS DAN SEGAR

1. Lihat pada corak kulit epal.

epal merah

Epal yang mempunyai lajur pada kulit biasanya lebih manis. Elakkan memilih epal yang kulitnya berbintik saja kerana biasanya kurang manis dan lebih cenderung kepada rasa masam.

2. Hidu bau epal.

Sebenarnya cara ini sering digunakan pada mana-mana jenis buah. Tapi epal yang manis sangat mudah dihidu bau manis dan wangi.

3. Pilih epal yang warna merahnya sekata.

epal merah

Nak pilih buah epal yang sudah masak dan lebih manis, anda boleh pilih yang warna merahnya sekata. Sesetengah orang suka epal yang mempunyai rasa masam sedikit. Oleh itu, anda boleh ambil epal yang ada warna kuning hijau sedikit dan merah tak sekata.

4. Ketuk manja epal.

Tak ramai yang tahu sebenarnya bunyi epal boleh didengar melalui sedikit ketukan. Jika bunyinya nyaring, maka epal itu sudah masak dan rangup.

5. Elakkan ambil epal yang lembik.

Jika terasa lembik semasa memegang epal, tak perlu ambil kerana ia mungkin sudah tidak rangup dan lebam.

CARA CUCI EPAL SEBELUM MAKAN

Sebelum makan buah epal, seeloknya anda cuci terlebih dahulu dengan mengikut langkah di bawah supaya ia kekal bersih dan selamat dimakan.

  • Rendam epal dengan air garam selama 15 minit.
  • Bilas sehingga bersih.
  • Lap kering dan potong. Siap untuk dimakan!

Semoga bermanfaat!

Sumber: NorbayaDahalan

Baca juga: Wanita Ini Ajar Cara Pilih Jambu Batu Yang Masak Ranum, Isi Pun Manis!

The post Tips Pilih Epal Merah Yang Manis Dan Segar, Tak Salah Beli Lagi Selepas Ini! appeared first on MyResipi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1033

Trending Articles