Kuah dhal sangat sedap jika dimakan dengan roti seperti roti canai, naan, atau capati. Makan dengan nasi putih pun lazat. Resipi ini tiada penggunaan santan dan juga ikan bilis.
Bahan yang digunakan juga cukup ringkas, cara memasak pun senang. Tetapi hasilnya mengalahkan dhal di kedai mamak. Orang yang baru belajar memasak pun boleh berjaya dengan sekali cuba.
Tidak percaya? Mari tengok resipinya di bawah.
Baca juga: Resipi Roti Canai Ini Lagi Lembut Lagi Kedai Mamak, Teramat Senang!
RESEPI KUAH DHAL ALA KEDAI MAMAK
Bahan-bahan:
- 2 cawan moong dhal (bukan dhal biasa yang orang selalu masak dalca itu, namanya toor dhal)
- 1 biji tomato, dihiris
Cara-cara:
- Rebus bahan-bahan di atas sehingga moong dhal betul-betul lembut. Boleh guna pressure cooker jika ada. Bila sudah masak, tambah serbuk kunyit supaya warnanya lebih cantik.
Bahan Tumis:
- 1 biji bawang besar, dihiris
- 3 ulas bawang putih, dihiris
- 1 sudu makan jintan manis
- 3 tangkai daun kari
- 1 batang lada kering, dipotong kecil
Cara-cara:
- Tumis semua bahan sehingga naik bau.
- Masukkan bahan tumis ke dalam moong dhal yang telah direbus.
- Tambah garam. Biar kuah mendidih. Siap!
- Makan chapati memang sedap. Kalau makan dengan nasi, padankan dengan sambal belacan dan ikan kering.
Info tambahan: Pastikan guna moong dhal. Dhal ini kecil sahaja. Rasanya lebih manis dan lemak, tidak sama seperti kacang dhal biasa yang besar-besar itu. Berbeza sama sekali. Harganya mahal sedikit, tetapi berbaloi.
Kredit resipi dan gambar: Habibah Badar Bajrai
Baca juga: Resipi Pes Mi Goreng Mamak, Balik Kerja Lewat Pun Sempat Masak!
The post Rahsia Buat Kuah Dhal Yang Padu, Sedap Mengalahkan Kedai Mamak! appeared first on MyResipi.