Kadang jemu nak makan nasi, kan? Apa kata kita cuba buat resipi spaghetti bolognese ayam yang sangat pantas dibuat. Pastinya akan bangkitkan selera si kecil.
Tidak kisah sekiranya ingin menggunakan ayam atau daging, terpulang kepada citarasa anda sendiri.
Oleh itu, jom cuba resipi oleh Encik Nazri Mat Zain yang dikongsikan menerusi laman sosial Facebook.
Baca juga: Resipi Ayam Goreng Berempah Yang Wangi, Ikut Cara Ini Supaya Banyak Serdak
RESIPI SPAGHETTI BOLOGNESE AYAM
Bahan-Bahan:
- 1 kg meatballs ayam atau meatball daging
- 12 biji buah tomato besar
- 1 batang carrot
- 3-4 tangkai cili kering, direbus hingga mendidih
- 3 keping burger ayam atau ayam kisar
- 1 biji bawang Holland, potong dadu
- 3 ulas bawang putih, cincang
- Butter secukupnya
- 3 sudu besar tomato puree
- 5 sudu besar sos cili
- 4 sudu besar gula
- Garam dan serbuk perasa secukup rasa
- 2-3 sudu besar oregano
Cara Penyediaan:
1. Basuh dan potong carrot. Rebus carrot dan buah tomato sehingga mendidih dan kulit tomato mengelupas.
2. Angkat cili kering yang telah direbus dan toskan. Apabila sejuk, tanggalkan kulit buah tomato.
3. Blend buah tomato bersama carrot dan cili kering sehingga halus.
4. Hancurkan burger ayam atau ayam kisar dan ketepikan.
5. Panaskan separuh butter dalam kuali dan tumis bawang Holland dan bawang putih hingga naik bau.
6. Masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam kuali bersama ayam kisar. Masak sehingga mendidih dengan api perlahan.
7. Apabila kuah mula mendidih, masukkan tomato puree, sos cili, gula, garam, dan serbuk perasa. Kacau rata.
8. Tambahkan meatballs chicken atau meatball daging ke dalam kuah. Masak sehingga meatball masak dan kuah mendidih.
9. Masukkan oregano dan separuh lagi butter. Kacau sehingga butter cair sepenuhnya.
10. Kuah meatballs ini sepatutnya mempunyai rasa masin, manis, dan masam. Sesuaikan rasa mengikut citarasa anda.
11. Hidangkan bersama spaghetti yang telah direbus.
Sumber: Nazri Mat Zain
The post Spaghetti Bolognese Ayam, Resipi Sepantas Kilat Tapi Sedap Tak Terkata! appeared first on MyResipi.