Adakah anda salah seorang yang sering ke pejabat pada setiap hari? Banyak cara untuk berjimat dalam perbelanjaan dan salah satunya adalah dengan membawa bekal ke pejabat.
Kita semua sedia maklum tentang sara hidup yang semakin meningkat, jadi membeli barang dapur adalah satu keperluan penting dan ia perlu digunakan agar tiada pembaziran berlaku.
Anda yang bekerjaya pasti pening memikirkan hendak masak apa sampaikan tiada idea dan ia bukan berlaku pada anda saja, tapi pada semua orang.
Oleh itu, kami senaraikan makanan bekal ke pejabat untuk anda yang cukup berkhasiat!
Baca juga: Bekal Makanan Yang Bagus, Kaca Atau Plastik, Ini Jawapannya!
SENARAI MAKANAN BEKAL KE PEJABAT YANG BOLEH DIBAWA
1. Nasi Putih, Ayam Goreng, Brokoli dan Cendawan Goreng.
2. Nasi Putih, Sambal Sotong, Sayur Goreng dan Buah Naga.
3. Nasi Putih, Udang Goreng Kunyit dan Telur Mata.
4. Nasi Putih, Ikan Bakar, Ulam, Terung Bakar dan Air Asam.
6. Nasi Putih, Daging Salai Black Pepper dan Buah Naga.
7. Nasi Putih, Sambal Tumis Ikan Bilis, Telur Mata dan Salad.
8. Nasi Putih, Ikan Goreng, Ulam dan Pucuk Paku Masak Lemak.
9. Nasi Putih, Sotong Masak Pedas dan Sayur Goreng.
10. Nasi Goreng Kampung, Telur Mata, Dim Sum.
11. Nasi Putih, Asam Pedas Ikan Pari, Timun.
13. Spaghetti Bolognese dan Meatball.
14. Nasi Putih, Sup Ikan, Kimchi dan Salad.
15. Nasi Putih, Sardin dan Sup Sayur Sawi Tauhu.
16. Nasi Putih, Ketam Asam Pedas, Telur Dadar, Salad dan Buah Mangga.
17. Nasi Putih, Ikan Masak Taucu, Salad dan Tomato Ceri
Sebagai tambahan, anda boleh bawa buah-buahan lain yang disukai seperti Epal, Jambu Batu, Pisang, Oren, Tembikai dan Anggur. Elakkan untuk bawa buah yang berbau seperti durian ke pejabat.
Jika nak bawa pencuci mulut, anda boleh bawa yang mudah dimakan pada bila-bila masa seperti puding, kek, muffin dan kuih-muih yang sedap belaka.
Sebenarnya ada banyak kebaikan membawa bekal ke pejabat iaitu selain berjimat, anda juga dapat memastikan keseimbangan nutrien yang baik.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Nazha Ishak
Baca juga: Jenis Lunch Box Untuk Ke Pejabat, Tinggal Pilih Nak Guna Yang Mana
The post 17 Idea Bekal Untuk Ke Pejabat, Buka Penutup Confirm Bau Satu Ofis, Sedapnya! appeared first on MyResipi.