Inti karipap memainkan peranan penting dan bukan hanya bergantung kepada kulit semata-mata. Tetapi, cara macam mana nak buat inti sedap ?
Resipi inti ini sangat senang untuk anda cuba dan jangan lupa wajib buat lebih supaya boleh frozen. Nanti kalau teringin, tinggal goreng sahaja.
Jom tengok resipi oleh Cik Puan Ogy Ahmad yang dikongsikan melalui laman sosial Facebook milik beliau.
Baca juga: Resipi Agar-Agar Cendol Yang Lembut & Lemak Manis, Makan Sejuk Lagi Nikmat!
RESIPI INTI KARIPAP
Bahan-bahan Inti Karipap:
- 3 biji ubi kentang (dipotong dadu)
- 1 keping dada ayam (dipotong dadu)
- 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 2 sudu udang kering atau ikan bilis (ditumbuk)
- 1/2 bungkus kecil rempah kari daging atau ikan
- 2 sudu cili kisar
- Daun sup dan daun bawang (dihiris)
- Garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan Inti:
1. Panaskan minyak (jangan terlalu banyak) dalam kuali.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.
3. Masukkan cili kisar dan biarkan hingga pecah minyak.
4. Tambahkan rempah kari yang telah dicampur sedikit air dan kacau rata.
5. Masukkan udang kering atau ikan bilis, kemudian masukkan ayam. Kacau sehingga ayam separuh masak.
6. Masukkan kentang bersama 5 cawan air. Masak sehingga agak pekat.
7. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga pekat.
8. Akhir sekali, masukkan daun sup dan daun bawang. Jika kentang masih kurang empuk, tambahkan sedikit lagi air.
Bahan-bahan Kulit Karipap:
- 4 cawan tepung gandum
- 2 sudu tepung beras
- 1/4 cawan minyak
- 2 sudu marjerin
- 1 sudu teh garam
- Air sejuk dari peti ais secukupnya
Cara Penyediaan Kulit Karipap:
1. Panaskan minyak bersama marjerin dalam kuali.
2. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras, dan garam.
3. Tuangkan minyak panas bersama marjerin ke dalam campuran tepung. Gaul dengan sudip sehingga sebati dan berderai.
4. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
5. Rehatkan doh sekejap untuk membiarkannya “mengambil nafas”.
6. Kemudian, canai doh dan masukkan inti yang telah disediakan.
Sumber: Ogy Ahmad
Baca juga: Cucur Durian Anti Gagal, Lembut Dan Gebu Sampai Makan Berulang Kali
The post Kulit & Inti Karipap Yang Sedap, Dapat Makan Seketul Dah Rasa Puas! appeared first on MyResipi.