Kuih Cempiang Masin merupakan salah satu kuih tradisional di Sabah yang sangat popular dan diminati oleh semua penduduk negeri ini tidak kira tua ataupun muda.
Biasanya ia banyak dijual di pasar tamu mingguan setiap daerah di Sabah, jadi memang senang dijumpa kuih ini dimana-mana saja di negeri ini.
Namun begitu, kuih ini mungkin sukar ditemui di negeri semenanjung Malaysia. Jika ada pun, sangat susah mencari orang yang menjualnya.
Kalau ada yang mahu cuba buat sendiri kuih cempiang ini, bolehlah cuba cara di bawah yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman sesawang Facebook.
Baca juga: Resipi Sekaya Telur Legend, Ikut Cara Ini Baru Kuih Berlubang Elok!
RESEPI KUIH CEMPIANG (KUIH LINGKARAN NYAMUK)
Bahan untuk inti:
- 1 sudu makan rempah 5 (bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, jintan dan lada hitam)
- Suku sudu makan garam
- 6 sudu makan kicap
- 1 sudu gula
Bahan untuk doh:
- 2 setengah cawan tepung gandum + 1 sudu makan rempah 5 (ayak)
- 11 gram yis @ sepaket + setengah gelas air suams
- Suku sudu makan lemak sayuran (atau ganti dengan marjerin/cream super)
- Suku sudu makan garam
- 1 cawan air suam (kalau doh masih keras, tambah sedikit lagi)
- Minyak makan 2-3 sudu
Cara-cara:
1. Campurkan air suam dengan gula dan yis. Kemudian gaul dan ketepikan untuk biarkan yis berbuih.
2. Seterusnya, satukan 2 cawan campuran tepung gandum dan rempah 5 (setengah cawan lagi ketepikan), garam dan lemak sayuran. Gaul sehingga sebati.
3. Kemudian, masukkan campuran yis tadi sedikit demi sedikit dalam campuran tepung. Gaul menggunakan tangan.
4. Sambil itu, masukkan setengah cawan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
5. Akhir sekali, masukkan minyak makan.
6. Jika doh masih lembik, boleh tambah tepung sehingga doh tidak melekit lagi.
7. Selesai menguli adunan tersebut, boleh leperkan atau canaikan doh menjadi segi empat atau ikut citarasa anda.
8. Kemudian letak inti dan ratakan pada permukaan doh.
9. Selepas itu gulung doh sehingga ke hujungnya kemudian potong kepada beberapa bahagian (yang penting jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis).
10. Selepas siap gulung doh, pastikan hujung doh tersebut kelihatan melekat dengan sempurna dihujung supaya gulungan itu tidak terbuka semasa digoreng.
11. Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan guna api sederhana saja, jangan terlalu besar dan minyak pula kalau boleh letak banyak sikit,
12. Goreng sehingga warna keperangan, kemudian angkat dan tuskan minyak, selepas itu boleh hidang untuk di makan.
13. Sebaiknya makan semasa ia masih panas sikit agar lebih sedap. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Zuliza Zulfikar
Baca juga: Cara Mudah Buat Kuih Sagu Sedap, Ikut Resipi Ini Confirm Tak Terlembik & Tak Terkeras
The post Cara Buat Kuih Cempiang Popular Di Sabah, Lembut Elok & Tak Keras! appeared first on MyResipi.