Anda perlu tahu cara rendam biji selasih sebelum mengolahnya menjadi pencuci mulut atau minuman.
Biji selasih ini biasanya dijual dalam bentuk yang ‘kering’. Jika mahu digunakan, biji tersebut perlu direndam terlebih dahulu.
Sebelum direndam, warna biji selasih adalah hitam. Tetapi selepas direndam, warna di bahagian luar bertukar putih, manakala bahagian dalam kekal berwarna hitam.
Cara penyediaan biji selasih ini tidak boleh dilakukan sembarangan. Untuk mendapatkan hasil yang sempurna, biji ini perlu diproses dengan cara yang betul.
Jangan risau, caranya cukup mudah. Anda hanya perlu ikut tiga langkah mudah di bawah. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Tip Rebus Barli Agar Tahan Lama, Barulah Tak Cepat Basi
CARA RENDAM BIJI SELASIH DENGAN BETUL
1. Pilih biji selasih segar
Sebelum rendam biji seasih, pastikan tiada yang rosak atau busuk. Anda juga perlu membilas biji selasih dengan air sejuk untuk menghilangkan segala kotoran dan habuk.
2. Rendam dalam air suam
Sebelum digunakan, biji selasih perlu direndam dalam air yang suam. Air suam boleh mencepatkan proses biji selasih yang keras menjadi lembut.
Jika menggunakan air kosong, proses melembutkan biji selasih akan mengambil masa yang lebih lama.
3. Nisbah biji selasih dan air
Jumlah air juga penting semasa merendam biji selasih kerana ia akan mengembang.
Secara amnya, nisbah antara biji selasih dan air ialah 1:10. Anda juga boleh mengambil kira-kira 1.5 sudu besar biji selasih dalam 1 cawan air atau kira-kira 250 ml.
4. Biarkan selama 15-20 minit
Selepas meletakkan biji selasih ke dalam air suam, kacau seketika selama 1 minit. Kemudian, biarkan selama lebih 15-20 minit. Proses ini untuk membantu biji selasih mengembang dan teksur menjadi lebih lembut.
Jika dalam tempoh masa 15 minit biji selasih telah mengembang, ini tanda ia sudah sedia untuk digunakan.
Khasiat biji selasih
Jika ada yang masih belum tahu, biji selasih mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Antara kebaikannya adalah:
- Membantu menurunkan kolestrol
- Meningkatkan kesihatan usus
- Membantu menstabilkan tekanan darah
- Mencegah pembekuan darah
- Mengurangkan keradangan
- Mengawal paras gula dalam darah
- Meningkatkan rasa kenyang
Sumber: Orami
Baca juga: Tips Buah Yang Sudah Dipotong Kekal Segar & Tak Hitam, Memang Berkesan!
The post Cara Rendam Biji Selasih Dengan Betul, Baru Kembang Sempurna! appeared first on MyResipi.