Quantcast
Channel: MyResipi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1033

Kek Pisang Dua Benua, Dapat 2 Perisa Dalam Satu Loyang!

$
0
0

kek pisang dua benua

Siapa di sini peminat kek pisang? Pernah rasa kek pisang dua benua? Dua perisa dalam satu loyang pasti tidak rugi kalau dicuba. Lain dari lain!

Kek pisang memang salah satu kek legend yang sangat senang dibuat dan tidak memakan masa yang terlalu lama.

Hari ini MyResipi akan tunjukkan resipi kek pisang dua benua oleh Jana Kitchen yang telah dikongsikan oleh beliau menerusi laman sesawang Instagram. Jom tengok!

Baca juga: Puding Batik Anti Gagal, Makan Waktu Sejuk Memang Sedap!

RESIPI KEK PISANG DUA BENUA

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan gula kastor (saya guna 3/4 cawan gula perang)
  • 3 biji telur (gred A) atau 4 biji telur (gred B)
  • 6 biji pisang berangan (dilecekan)
  • 200g butter (dicairkan)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
  • 2 sudu besar serbuk koko (saya guna jenama Van Houten)
  • Coklat cip (untuk tabur)

Cara Penyediaan:

1. Pukul gula dan telur bersama esen vanila hingga kembang. Masukkan pisang yang telah dilecek dan pukul lagi hingga sebati.

2. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan serbuk penaik. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan pisang sambil dipukul hingga sebati (pukul sekejap sahaja).

3. Masukkan butter yang telah dicairkan dan pukul hingga sebati.

4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian campurkan dengan serbuk koko dan kacau hingga sebati.

5. Tuangkan adunan coklat ke dalam satu bahagian loyang bersaiz 8×8 inci dan adunan pisang di bahagian yang lain sehingga habis.

6. Letakkan hirisan pisang di atas adunan dan taburkan coklat cip.

7. Bakar dalam oven pada suhu 170 darjah Celsius selama 45-50 minit atau sehingga masak mengikut kepanasan oven masing-masing.

8. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan biarkan sejuk sebentar sebelum dikeluarkan dari loyang.

9. Kek boleh dipotong dan dinikmati ketika masih panas.

kek pisang dua benua

Selamat mencuba!

Sumber: Jana Kicthen

Baca juga: Aiskrim Malaysia Red Velvet, Bahan ‘Ini’ Buat Ia Nampak Lagi Menarik!

The post Kek Pisang Dua Benua, Dapat 2 Perisa Dalam Satu Loyang! appeared first on MyResipi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1033

Trending Articles